Produk


Semua formula-formula tidak diklasifikasikan sebagai ‘ubat’. Formula ini telah dipertenagakan menurut konsep warna melalui kelajuan cahaya dan getaran bunyi dalam formasi gelombang audio berfrekuensi rendah yang dihantar kepada sistem kelenjar untuk memproses semula keperluan enzim dan berbagai jenis asid amino semula jadi yang menjadi keperluan sel-sel yang telah mengalami kepincangan atau ketidakseimbangan.

Secara istilahnya, ia bukanlah penawar, kerana penawar sebenarnya telah sedia ada di dalam tubuh setiap individu itu sendiri yang merupakan racun atau toksin yang telah lama terpendam dan terbeban di dalam organ hati.

Formula 100% bebas dari bahan kimia atau bahan aktif yang boleh membawa kepada tindak balas kimia atau keracunan. Tidak menggunakan bahan-bahan daripada haiwan atau sumber hayat yang aktif kerana bahan-bahan kimia yang aktif sering menimbulkan kesan sampingan yang amat berat. Formula yang mengandungi frekuensi yang bersamaan dengan frekuensi tenaga cahaya dan getaran bunyi dalam tubuh manusia.

Getaran atas frekuensi warna yang tertentu untuk membentuk keseimbangan secara serta-merta pada bahagian-bahagian yang sakit (tidak seimbang) pada setiap tahap tubuh. Oleh yang demikian faktor ulangan atau kekerapan yang tinggi dan konsisten dalam setiap penggunaan atau pengambilan formula amat penting dalam proses penyembuhan penyakit.

SERI WAJAH

Minyak pati bunga bagi penjagaan kesihatan secara luaran dan dalaman melalui tenaga getaran wangian bunga-bungaan, sebagai pengimbang semulajadi spritual, emosional, mental dan fizikal individu. Kesucian terjamin tanpa unsur kimia merangsang keseluruhan pancaindera titik deria yang selama ini tidak kita sedari!

KEISTIMEWAAN SERI WAJAH

  • MENGEKALKAN SERI WAJAH ANDA SETIAP HARI
  • MENINGKATKAN RANGSANGAN KEBERAHIAN / DERIA SEKSUAL
  • MENGATUR DAN MEMELIHARA KESUBURAN
  • MENGIMBANGI SEMUA TAHAP PSIKOLOGI – KEYAKINAN DAN KECERIAAN
  • MEMBANTU MENGATASI MASAALAH KESUKARAN MENDAPATKAN ZURIAT
  • MEMBUKA WARNA PERISAI DIRI / AURA YANG TERPENDAM
  • MENINGKATKAN AWET MUDA DAN DAYA INGATAN
  • MEMOTONG ALIRAN STRESS DAN RADIASI BEBAS YANG MENCEMARKAN TUBUH DAN WAJAH

.

EQ (EMOTIONAL QUOTIENT)

Penjana kematangan dengan rahsia kebijaksanaan emosional terutama bagi kanak-kanak. Pencetus kepada getaran semulajadi bahagian otak sebagai penyimpan segala memori sebelum dikeluarkan semula melalui proses yang tepat, pantas dan menyeluruh. Jadikan anak-anak anda ‘bijak’ yang sebenarnya.

.

GARAM BOOSTER/RENDAH SODIUM

Garam rendah sodium dan tinggi potassium untuk kesihatan tubuh melalui kelancaran sistem darah. Membantu meringankan masaalah darah tinggi selain meningkatkan kandungan oksigen dalam darah. Menyeimbangkan keadaan berasid, selain menjadi agen detoksifikasi dan menyingkirkan toksid daripada tubuh dalam masa yang singkat.

.

ALGA SHOUSMA FOR MEN

Produk khusus untuk memulih dan membina kulit. Dirumus khas bagi lelaki iaitu sebagai penggalak dan pemangkin fungsi kelenjar pineal dan pituitari yang membantu keseimbangan hormon semua sistem tubuh. Ekstrak shousma dan tongkat ali adalah makanan suplemen yang sungguh ajaib bagi maksud merangsang keinginan seksual yang mencetuskan keharmonian rumahtangga.

*Formula (kapsul) sangat sesuai untuk pesakit kardiovaskular (jantung)

.

ALGA FOR WOMEN & HORMONAL BALANCE

100% ekstrak organik semulajadi melalui kajian saintifik dan ujian klinikal. Meningkatkan rangsangan hubungan seksual suami-isteri untuk keharmonian hidup berkeluarga. Tiada kesan sampingan malah membina kesihatan tubuh luaran dan dalaman melalui rahsia perubatan sejak 3000 tahun dahulu. Rahsia tersembunyi dari pelbagai jenis rumpair laut paling dalam kini sebagai perangsang sistem saraf yang amat menakjubkan.

.

FORMULA NW (NATURAL WAVE)

Formula NW 1 hingga 20 untuk perawatan organ atau bahagian yang mengalami ketidakseimbangan. Tiada kesan sampingan, mudah digunakan dan dijamin kesuciannya. Menggunakan tenaga bunga-bungaan yang pasti selamat melalui teknologi perawatan yang tinggi di era milenium.

.

DIAMOND BLACK SEED & GARLIC

Rahsia kehebatan kombinasi jintan hitam dan bawang putih serta dijanakan dengan getaran untuk perawatan melalui usus. Tidak asing lagi di kalangan masyarakat kini. Semakin hari semakin muda, nilai perubatan semula jadi selama beribu-ribu tahun.

.

VIBRATION LIQUID CHLOROPHYLL

Cecair klorofil diperbuat daripada tumbuhan alfafa yang sangat sesuai meningkatkan sistem aliran darah yang lancar, detoksifikasi dan menguatkan saraf serta otot. Juga membantu merawat masaalah paru-paru dan jantung supaya dapat bekerja dengan lebih seimbang.

.

TEA TREE

Tea Tree CVT telah dipertenagakan dengan gelombang tenaga bunga yang menyamai frekuensi yang terdapat pada wajah yang bertindak sebagai pengionan semula jadi (ion-ion negatif). Ia dapat mengembalikan kestabilan sel-sel pada kulit muka, menjadikannya lebih segar dan kelihatan lebih berseri. Ia sebagai bahan pelembab khusus merangsang vitamin E yang tidak aktif di bawah kulit dan asid amino dan menyerap lebih jauh bagi menghidratkan, melindungi dan membaharui kulit dengan maksimum.

.

FORMULA 99

Formula 99 yang dihasilkan menurut prinsip transformasi tenaga. Formula 99 mensasarkan terus kepada penyakit yang telah diketahui ataupun disahkan seperti anemia, sawan dan sebagainya. memberi kesan penyembuhan dalam tempoh yang singkat. Transformasi energi merupakan ciri utama setiap organisma hidup. Prinsip asas dalam banyak penyelesaian masalah kesihatan kini lebih ditumpukan kepada kerja-kerja enzim sebagai pemangkin kepada tindakbalas kimia bagi penghasilan tenaga yang diperlukan. Formula ini bertujuan untuk merangsang enzim-enzim melaksanakan kerja menurut kedudukan atau organ tubuh yang mengalami penyakit. Setiap kali rangsangan melalui sistem saraf dihantar ke otak, mesej atau maklumat yang diterima secara serentak dengan niat akan dihantar ke sel organ hati sebelum bahan atau substrat yang telah menjadi keracunan ditukar menjadi tenaga untuk merangsang kerja-kerja enzim spesifik di bahagian yang lemah atau berpenyakit

.

JAM ANTI CLOCK WISE

Pergerakan ke kanan adalah suatu bentuk tenaga yang berasaskan kepada hukum tenaga yang telah dipraktikkan sejak terciptanya alam dan lahirnya manusia.
Mekanisma pergerakan jam pusingan secara ke kanan sebenarnya menghasilkan suatu bentuk medan magnetik yang akan menyerap ke dalam tubuh bagi merawat kembali kutub magnetik tubuh supaya berada pada posisi yang asal di dalam menjalankan kerja-kerja dan fungsi sistem tubuh secara keseluruhan.

Aspek pergerakan ke kanan:

  • Setiap yang bertenaga akan melakukan pergerakan.
  • Tenaga bergerak mengikut hukum.
  • Hukum asas setiap pergerakan adalah bergerak ke kanan.

Begitulah sifat tenaga yang menyamai tenaga hayat manusia sebenarnya bergerak arah ke kanan yang tidak akan terhapus.
Prinsip lawan jam atau ke kanan sebenarnya adalah pergerakan ‘FITRAH’ seperti pergerakan darah dari jantung yang terletak di kiri yang akan menggerakkan aliran darah ke kanan sebelum balik semula ke bahagian kiri.

Jam ini membantu meringankan masaalah yang dihadapi dengan cara tersendiri. Berbagai bentuk dan jenis ketidakseimbangan sistem tubuh seperti keracunan, kegagalan fungsi organ dan juga gangguan tenaga asing akan diperbaiki atau diseingkirkan sehingga tubuh mencapai tahap keseimbangannya yang sebenar. Penyakit berkaitan psikologi, gangguan persekitaran, halusinasi dan sebagainya boleh dirawat melalui pemakaian jam konsep ini yang konsisten dan teratur.

.

There are no comments on this page.

Tinggalkan komen