Konsep

Rawatan penyakit dan penjagaan kesihatan alternatif menggabungkan faktor-faktor cahaya, warna dan bunyi serta kaitannya dengan masa sebagai suatu keseimbangan alam semula jadi melalui penyediaan perkhidmatan, produk dan bahan ilmiah melalui konsep Sains Fizik yang berasaskan Islamisasi Ilmu

Kami berusaha memperkenalkan kaedah perawatan penyakit yang lebih ringkas dan mudah namun kesan terapeutiknyanya jauh berbeza berbanding kaedah lain. Dengan kemantapan disiplin dan kekerapan yang tinggi, pesakitlah yang sebenarnya berhak menentukan tempoh pemulihan penyakitnya. Ia bermaksud, semakin kerap pengambilan formula, maka semakin cepatlah penyembuhan berlaku.

Kami juga menemukan rahsia tenaga bunga-bungaan, garam dan ais yang berperanan besar dalam keseimbangan alam semesta termasuk manusia.

Dengan terapi getaran warna adalah menyingkap berbagai rahsia cahaya dan bunyi. Dua unsur cahaya iaitu bulan dan matahari amat banyak menemukan jawapan berbagai persoalan yang relevan dengan tenaga yang kita miliki. Unsur atom dalam cahaya dapat mengaktifkan sel-sel tubuh dengan cara meneutralkan gelombang elektromagnetik dan elektrokimia yang tercemar daripada berbagai radiasi dan keracunan.

Multi Disiplin Seni Sains Kehidupan Melalui Falsafah Kesihatan secara menyeluruh berasaskan kepada konsep Energi Bio-Fizik dan berteraskan praktisi Islamik dalam pelbagai dimensi yang bersifat infiniti tetapi mutlak dengan garapan teknik perubatan tradisional Melayu.

There are no comments on this page.

Tinggalkan komen