Diagnosis

Kaedah diagnosis ujian gerak balas otot tangan (Applied Kinesiology) secara bio-feedback yang dipraktikkan dalam mengesan atau mencari kelemahan atau punca penyakit adalah satu cara yang paling praktikal di dalam mendapat jawapan secara rifleks yang mana titik tenaga akan terjawab melalui interaksi dalaman di bawah sedar. Segala jawapan bukan dilahirkan melalui minda sedar.

Minda di bawah sedar dikuasai di bahagian ANS atau otak kecil (serebelum) diisyaratkan pada penyilangan nadi (spinal nerve) yang terus menerus ke pusat kawalan di bawah sedar. Jawapan ini akan menghasilkan keputusan yang bebas daripada asas logik akal yang terhad.

Kinesiologi ini sebenarnya adalah refleks suara hati yang memberi gerak balas pelepas (niat) dan gerak balas perencat (otot tangan) tanpa dapat dicerobohi oleh elemen-elemen asing. Suara hati adalah ilham yang datang terus dari Ilahi. Bisikan suara hati akan diuji dengan dua pilihan iaitu mendengar dengan ilham Ilahi atau kita menuruti nafsu yang mendorong ke jalan yang salah dan akhirnya penyesalan berlaku bukannya kesyukuran.

Oleh itu metod kinesiologi ini adalah konsep penyerahan dengan keyakinan dan kepercayaan sepenuhnya kepada Maha Pencipta dalam usaha mengenal pasti apa sahaja perkara yang berkaitan seperti mengenalpasti warna diri di samping mengesan penyakit dan punca masalah yang dihidapi oleh pesakit. Ia bukan kuasa magik atau menggunakan amalan-amalan tertentu.

Kepercayaan sebagai asas pertama dalam sesuatu pengamalan termasuk kinesiologi ini sebelum sebarang bentuk pemikiran yang mencari-cari jawapan. Selepas kepercayaan itu, penumpuan atau fokus dengan kadar konsisten pada masa yang sama akan mencipta pemikiran yang bersih serta dapat mencari rahsia ilmu yang ingin diperolehi. Kepercayaan diistilahkan sebagai cahaya yang memancar lurus di dalam kerohanian dan rahsianya tidak mampu difahami berbanding jisim atau kebendaan yang nampak dengan seribu satu logik dan fakta yang semakin banyak sebenarnya semakin mengelirukan.

Ringkasnya kaedah diagnosis kinesiologi otot tangan ini merupakan satu cara atau kaedah semula jadi tanpa peralatan yang mampu mengesan penyakit atau kelemahan yang terdapat pada tubuh pesakit.

There are no comments on this page.

Tinggalkan komen